Thursday, September 27, 2012

SOLAT 3


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 



Bagi mereka2 yang kurang jelas, sila bertanya atau jumpa lah dengan mereka2 yang Alim di dalam Agama untuk mendapat kefahaman yang lebih baik.

Di sini kita cuma dapat memberikan peringatan2, galakan dan panduan2 penting supaya kita sentiasa waspada di dalam menyempurnakan tuntuan Allah. Selebihnya masing2 perlu berusaha untuk membetulkan diri masing2 dengan cara mentelaah atau bertanya terus kepada orang2 yang mahir di dalam selok belok hukum.

Tidak usah malu untuk bertanya walaupun sudah berusia, kerana berdasarkan pengalaman kita memberikan bimbingan, ramai juga warga ibu2 dan bapa2 tidak mengetahui bahkan tidak pernah mendengar penjelasan2 terperinci darihal rukun dan syarat2 solat.

Apa yang mereka pelajari di sekolah sewaktu remaja, itulah yang mereka amalkan sehingga mencapai usia tua. Sehingga tanpa di sedari banyak perkara2 yang wajib telah di abaikan. Atau melanggar perkara2 terlarang!

Namun Alhamdulillah, selagi ada nafas yang di beri oleh Allah, masih belum terlambat untuk kita membetulkan segala kepincangan2 pada usia zaman terdahulu!



Hukum "mad" pada huruf "Lam" pada Lafzul Jalalah, Kalimat " " الله " boleh di panjangkan sehingga 6 harakat. Ada Ulama berpendapat boleh juga lebih dari kadar tersebut. Tiada kecelaan.

Ini bermakna memanjangkan huruf "Lam" pada kalimat "Allahu" di haruskan sehingga 6 harakat atau lebih.


Maksud larangan "berhenti lama" di antara 2 kalimat ialah :

Berhenti lama setelah menyebut kalimat "Allahu" - " الله " dan selang lama masa baru menyebut kalimat "Akbar" - " اكبر " pula. Ini yang salah.


Ertinya mesti menyambung terus kepada lafaz "Akbar" sebaik sahaja habis menyebut "Allahu" (muwalat)

Wallahu A'lam

Read more...

SOLAT 2


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 



Kesalahan2 yang boleh batalkan solat/ solat menjadi tidak sah adalah kerana meninggalkan salah satu atau beberapa syarat sah rukun solat. Setiap rukun solat mempunyai syarat2 sah nya tersendiri. Ertinya tanpa mematahui syarat2 ini, maka rukun solat akan menjadi rosak dan tidak sah. Kerosakan pada satu rukun sahaja boleh membatalkan seluruh Ibadah Solat.



Kesalahan Lazim ketika Takbiratul Ihram
Yang di maksudkan di sini adalah Takbir yang pertama di lakukan sebagai memulai solat. Takbir pembuka solat ini merupakan 'rukun' solat. Maka wajib memelihara sifat dan syarat2 sah nya.


Kesalahan Pertama :
Tidak melafazkan kalimah " الله اكبر " dengan lidahnya

Ertinya dia cuma baca dalam hati, atau dia cuma gerakkan bibir sebagai syarat sedang dirinya tidak mendengar lafaz takbir, maka TIDAK sah takbiratul ihram nya. Ini kerana melafazkan perkataan "Allahu Akbar" dengan lidah sehinga kedengaran oleh diri nya sendiri merupakan syarat sah takbiratul ihram.



Kesalahan ke 2 :
Berhenti lama di antara kalimah " الله " dan " اكبر "

TIDAK sah takbirnya kerana "muwalat" (bersambung tanpa putus di antara dua kalimah itu) adalah wajib.

Keadaan ini terjadi sering terjadi bagi seseorang yang susah untuk memasukkan niat di dalam takbiratul ihram nya. Sebaik-baiknya melatih diri kosongkan hati sbelum menghadap solat.



Kesalahan ke 3:

Memanjangkan sukukata " hu " menjadi "hooo" pada kalimat "Allahu "
makna nya dia membaca :


" Allahooo Akbar. "

ini salah!

Sepatutnya sukukata "hu" cuma 1 harkat, maka hendaklah di pelihara jangan lebih dari itu.



Kesalahan ke 4 :
Memanjangkan huruf " alif" pada lafaz "Akbar"
dan memanjangkan huruf "ba" pada lafaz "Akbar"

makna nya dia membaca " aaakbar " dan "akbaaar" adalah salah.!




Kesalahan ke 5 :
Menyalahi makhraj (tempat keluar huruf) ketika membaca lafaz Takbir " الله اكبر "

Misalnya membaca huruf " ك " dengan sebutan huruf " ق "

atau membaca huruf " ء " dengan sebutan huruf " ع "

semua ini salah!

Tetapi penuntut yang masih melatih diri untuk menyebut dengan betul di maafkan dengan syarat dia mesti terus menerus melatih untuk menyebut dengan tepat.



Kesalahan ke 6 :
Menganggap menyebut lafaz kalimat " الله اكبر " itu sebagai Sunnat. Maka ini menyebabkan tidak sah Takbiratul ihram nya kerana menganggap suatu perkara fardhu atau rukun sebagai perkara sunnat membatalkan solat.

Kekeliruan ini sering terjadi di kalangan kita iaitu menganggap perkara Wajib/Fardhu/Rukun sebagai perkara sunnat dan sebaliknya menganggap perakara Sunnat sebagai Wajib/Fardhu/ Rukun.

Yang benar di dalam Rukun Takbiratul Ihram adalah :

Melafazkan Kalimat " الله اكبر " itu dengan lidah sehingga terdengar oleh dirinya sendiri itu yang wajib. Mengangkat tangan untuk Takbiratul Ihram adalah Sunnat hukumnya.




Kesalahan2 lain :

Membaca tidak tertib seperti baca : " Akbaru Allah " - salah!

Membaca BUKAN di dalam bahasa Arab seperti lafaz : "Allah Maha Besar" - Ini salah!

Membaca selain dari lafaz Allahu Akbar seperti : Allahu Azhim, Allahu Kabir, Allahu Alim - semunya ini tidak di benarkan.!


Wallahu A'lam


Catatan Penting:

1. Semua perbincangan di sini adalah berdasarkan Mazhab Syafie samada pendapat Imam Syafie sendiri atau pendapat Imam2 Mazhab Syafie yang lain seperti Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Ramli dll.

2. Berdasarkan Fatwa Imam2 kita, setiap perkara Ibadah hendaklah di sempurnakan mengikut satu Mazhab sahaja, di larang ertinya haram mencampur adukkan pendapat2 Mazhab yang berlainan di dalam satu ibadah yang sama.



Wallahu A'lam


Read more...

SOLAT


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


PERKARA2 KECIL YANG BOLEH BATALKAN SOLAT......!


Semoga Allah Ta'ala menerima Iman dan amal kita dan masukkan kita ke dalam golongan hamba2 Nya yang mendapat keredhaan Nya.

Berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Hadith dan Ulama :

* SOLAT merupakan kewajipan paling utama bagi seseorang Islam.

* MUSLIM yang mendirikan solat mendirikan Agama dan MUSLIM yang meninggalkan Solat meruntuhkan Agama.

* PEMISAH di antara Islam dan Kafir adalah Solat.

* AMAL PERTAMA yang di hitung di Mahsyar nanti adalah SOLAT Jika ibadah solat nya di terima barulah amal2 yang lain akan di hitung. Jika Ibadah Solat nya di tolak maka segala amal lain akan di tolak.


Demikian tinggi nya kedudukan SOLAT di dalam Islam. Setiap orang beriman hendaklah sungguh2 memerhatikan kewajipan ini sebagai suatu pengabdian yang sempurna di hadapan Allah.

Kesempurnaan Ibadah solat meliputi dua bahagian ;

1) Bahagian zahir solat - iaitu perkara2 yang berhubung dengan rukun fi'liyah(perbuatan) dan rukun qawliyah (perkataan)

2) Bahagian batin Solat - iaitu perkara2 yang berhubung dengan rukun qalbi (hati) berserta khudhur-al- qalbi ma-Allah (hadir hati kepada Allah)


Bahagian (1) lazim nya di biacarakan di dalam Kitab2 Fiqh. Sementara bahagian (2) di bicararakan di dalam Kitab2 Tasawwuf dan Ma'rifat. Kedua2 bahagian ini sama pentingnya. kecacatan pada satu bahagian boleh menyebabkan kerosakan pada keseluruhan solatnya.

Seringkali terjadi kesalahan2 yang di pandang ringan /kecil oleh sebahagian orang sedangkan perkara2 tersebut boleh membatalkan keseluruhan solatnya. Punca utama terjadi kesalahan tersebut berpunca akibat kejahilan, tidak menuntut ilmu dengan betul atau cuma ikut-ikutan.

Setiap orang beriman hendaklah sentiasa takut sekiranya ibadah solatnya di tolak oleh Allah Ta'ala di sebabkan suatu kecacatan atau kesalahan yang terjadi akibat dari kejahilan dirinya.

Di dalam kesempatan permulaan ini, kita akan cuba membicarakan Bahagian (1) Bahagian Zahir Solat terlebih dahulu.

Kita akan cuba melihat beberapa kesilapan lazim yang berlaku di kalangan Ummat Islam ketika menunaikan Ibadah Solat. Sebahagian kesilapan yang di anggap kecil boleh merosakkan seluruh ibadah Solatnya. Wal iyazubillah!

Insya Allah....

Semoga Allah berikan Hidayah dan Taufiq Nya.!

Read more...