Thursday, September 27, 2012

SOLAT 2


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 



Kesalahan2 yang boleh batalkan solat/ solat menjadi tidak sah adalah kerana meninggalkan salah satu atau beberapa syarat sah rukun solat. Setiap rukun solat mempunyai syarat2 sah nya tersendiri. Ertinya tanpa mematahui syarat2 ini, maka rukun solat akan menjadi rosak dan tidak sah. Kerosakan pada satu rukun sahaja boleh membatalkan seluruh Ibadah Solat.



Kesalahan Lazim ketika Takbiratul Ihram
Yang di maksudkan di sini adalah Takbir yang pertama di lakukan sebagai memulai solat. Takbir pembuka solat ini merupakan 'rukun' solat. Maka wajib memelihara sifat dan syarat2 sah nya.


Kesalahan Pertama :
Tidak melafazkan kalimah " الله اكبر " dengan lidahnya

Ertinya dia cuma baca dalam hati, atau dia cuma gerakkan bibir sebagai syarat sedang dirinya tidak mendengar lafaz takbir, maka TIDAK sah takbiratul ihram nya. Ini kerana melafazkan perkataan "Allahu Akbar" dengan lidah sehinga kedengaran oleh diri nya sendiri merupakan syarat sah takbiratul ihram.



Kesalahan ke 2 :
Berhenti lama di antara kalimah " الله " dan " اكبر "

TIDAK sah takbirnya kerana "muwalat" (bersambung tanpa putus di antara dua kalimah itu) adalah wajib.

Keadaan ini terjadi sering terjadi bagi seseorang yang susah untuk memasukkan niat di dalam takbiratul ihram nya. Sebaik-baiknya melatih diri kosongkan hati sbelum menghadap solat.



Kesalahan ke 3:

Memanjangkan sukukata " hu " menjadi "hooo" pada kalimat "Allahu "
makna nya dia membaca :


" Allahooo Akbar. "

ini salah!

Sepatutnya sukukata "hu" cuma 1 harkat, maka hendaklah di pelihara jangan lebih dari itu.



Kesalahan ke 4 :
Memanjangkan huruf " alif" pada lafaz "Akbar"
dan memanjangkan huruf "ba" pada lafaz "Akbar"

makna nya dia membaca " aaakbar " dan "akbaaar" adalah salah.!




Kesalahan ke 5 :
Menyalahi makhraj (tempat keluar huruf) ketika membaca lafaz Takbir " الله اكبر "

Misalnya membaca huruf " ك " dengan sebutan huruf " ق "

atau membaca huruf " ء " dengan sebutan huruf " ع "

semua ini salah!

Tetapi penuntut yang masih melatih diri untuk menyebut dengan betul di maafkan dengan syarat dia mesti terus menerus melatih untuk menyebut dengan tepat.



Kesalahan ke 6 :
Menganggap menyebut lafaz kalimat " الله اكبر " itu sebagai Sunnat. Maka ini menyebabkan tidak sah Takbiratul ihram nya kerana menganggap suatu perkara fardhu atau rukun sebagai perkara sunnat membatalkan solat.

Kekeliruan ini sering terjadi di kalangan kita iaitu menganggap perkara Wajib/Fardhu/Rukun sebagai perkara sunnat dan sebaliknya menganggap perakara Sunnat sebagai Wajib/Fardhu/ Rukun.

Yang benar di dalam Rukun Takbiratul Ihram adalah :

Melafazkan Kalimat " الله اكبر " itu dengan lidah sehingga terdengar oleh dirinya sendiri itu yang wajib. Mengangkat tangan untuk Takbiratul Ihram adalah Sunnat hukumnya.




Kesalahan2 lain :

Membaca tidak tertib seperti baca : " Akbaru Allah " - salah!

Membaca BUKAN di dalam bahasa Arab seperti lafaz : "Allah Maha Besar" - Ini salah!

Membaca selain dari lafaz Allahu Akbar seperti : Allahu Azhim, Allahu Kabir, Allahu Alim - semunya ini tidak di benarkan.!


Wallahu A'lam


Catatan Penting:

1. Semua perbincangan di sini adalah berdasarkan Mazhab Syafie samada pendapat Imam Syafie sendiri atau pendapat Imam2 Mazhab Syafie yang lain seperti Imam Nawawi, Imam Rafie, Imam Ramli dll.

2. Berdasarkan Fatwa Imam2 kita, setiap perkara Ibadah hendaklah di sempurnakan mengikut satu Mazhab sahaja, di larang ertinya haram mencampur adukkan pendapat2 Mazhab yang berlainan di dalam satu ibadah yang sama.



Wallahu A'lam

No comments: